Archive for September, 2007

Nukilan Hati 3

Tuesday, September 25th, 2007

Aku

aku masih termanggu-manggu..

terkenang kisah silamku…

apakah aku mahu ia terus menbelenggu diriku..

atau hilangkan ia dari memori ku..

biarpun dia telah berlalu dari hidupku..

namun kenangan itu tidak bisa untuk aku hapuskan..

biarlah apa kata orang…

biarlah apa tanggapan orang…

biarlah apa pandangan orang…

aku terus menjadi perindu…

tak mungkin terungkap oleh mereka..

tak mungkin terucap oleh mereka..

tak mungkin terlihat oleh mereka..

akan kesedihan diriku…

meratap aku..terasa hiba & sendu…

hanya Tuhan yang tahu…

betapa aku pilu…

biarlah mereka lihat aku bahagia…

biarlah mereka lihat aku gembira…

namun di hati tiada siapa tahu…

~Airieda~

25092007

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan…

Sunday, September 16th, 2007

Ramadhan tiba lagi…syukur kepada Allah SWT kerana aku masih diberi peluang untuk terus beribadah di bulan yg mulia…bulan yg penuh keberkatan…bulan yg penuh keampunan…betapa Allah itu maha penyayang…lagi maha pengasih…tapi adakah kita bersyukur atas apa yg telah kita terima secara sedar atau tidak sedar…malah kita kadang kala lupa segala di dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah kpd kita…oleh itu teman2 marilah kita gunakan peluang yg ada ini untuk memperbaiki diri kita dari yg kurang baik kpd yg baik…dari yg baik kpd yg lebih baik…rebutlah ganjaran2 yg Allah janjikan kepada kita sepanjang Ramadhan ini…perbanyakkan ibadah…bersedekah dgn ikhlas…siapa tau antara kita akan menjadi org yg bertuah di malam lailatul qadar….hmmm okie laaa..mohon maaf pada semua kaum keluarga…kenalan…sahabat…teman…rakan…yg mengenali diri ini…selamat menjalani ibadah puasa, semoga mendapat rahmat & berkat dari Allah SWT….Assalamualaikum….

Lagu pilihan Airieda buat semua…

Harapan Ramadhan-Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua