Majlis Perkahwinan Airin & Che Mie

P1170013  Seperti entry yg sebelum ini saya ada menyatakan planner tahunan saya mula dipenuhi dengan jemputan2 kenduri kahwin kengkawan & sedara mara…so ini adalah salah satunya iaitu Majlis Perkahwinan officemate saya Airin. Pasangannya lebih kami kenali sebagai Che Mie…berlangsung pada tahun baru hijrah 1 Muharram 1428 bersamaan 20 Januari 2007 di Muar, Johor. Saya bersama empat rakan bertolak dr Kl seawal 9 pg. Tiba di Muar kurang lebih jam 1…kami bergambar

P1170044_6

bersama pengantin…ketika rombongan lelaki tiba…pengantin perempuan dibawa keluar…Ketika ini saya dpt melihat satu adat bg majlis kenduri di Johor iaitu byr Tol…Di mana rombongan pihak lelaki perlu memberi duit tol seblm dpt  bersama pengantin perempuan…sanak saudara tua muda berbaris dihadapan pengantin perempuan untuk menerima duit tol tersebut. Kemudian barulah pengantin disandingkan…setelah upacara menepung tawar…Satu lagi acara yg tak kurang meriahnya..acara membaling gula2 kepada kanak2…Aku dihujani gula2 (sibuk shoot pic pengantin baling gula2)…setelah itu pengantin dibawa utk bersantap…Kami pun turut ke khemah tetamu utk mengisi perut kami yg sudah lapar ketika itu…habis makan sekali lagi kami beramai-ramai bergambar dgn pasangan pengantin Airin &  Che Mie. Then pengantin tukar pakaian moden (Gaun Putih & Kot)…Kurang lebih jam 5 kami bertolak pulang…Hujan lebat sepanjang perjalanan balik mengiringi kami…Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah masing2…Tahniah buat pasangan Airin & Che Mie…

Leave a Reply