Archive for January, 2007

Majlis Perkahwinan Airin & Che Mie

Saturday, January 20th, 2007

P1170013  Seperti entry yg sebelum ini saya ada menyatakan planner tahunan saya mula dipenuhi dengan jemputan2 kenduri kahwin kengkawan & sedara mara…so ini adalah salah satunya iaitu Majlis Perkahwinan officemate saya Airin. Pasangannya lebih kami kenali sebagai Che Mie…berlangsung pada tahun baru hijrah 1 Muharram 1428 bersamaan 20 Januari 2007 di Muar, Johor. Saya bersama empat rakan bertolak dr Kl seawal 9 pg. Tiba di Muar kurang lebih jam 1…kami bergambar

P1170044_6

bersama pengantin…ketika rombongan lelaki tiba…pengantin perempuan dibawa keluar…Ketika ini saya dpt melihat satu adat bg majlis kenduri di Johor iaitu byr Tol…Di mana rombongan pihak lelaki perlu memberi duit tol seblm dpt  bersama pengantin perempuan…sanak saudara tua muda berbaris dihadapan pengantin perempuan untuk menerima duit tol tersebut. Kemudian barulah pengantin disandingkan…setelah upacara menepung tawar…Satu lagi acara yg tak kurang meriahnya..acara membaling gula2 kepada kanak2…Aku dihujani gula2 (sibuk shoot pic pengantin baling gula2)…setelah itu pengantin dibawa utk bersantap…Kami pun turut ke khemah tetamu utk mengisi perut kami yg sudah lapar ketika itu…habis makan sekali lagi kami beramai-ramai bergambar dgn pasangan pengantin Airin &  Che Mie. Then pengantin tukar pakaian moden (Gaun Putih & Kot)…Kurang lebih jam 5 kami bertolak pulang…Hujan lebat sepanjang perjalanan balik mengiringi kami…Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah masing2…Tahniah buat pasangan Airin & Che Mie…

Tahun Baru…2007/1428H

Tuesday, January 16th, 2007

Hmm dah setengah bulan kita masuk ke tahun baru…masing-masing sibuk buat azam baru…tapi tertanya-tanya juga…azam tahun lepas dah tercapai ke? atau hanya hangat-hangat tahi ayam…berkobar-kobar di awal tahun namun berkubur kemudiannya…Aku, tahun nie takde laaa buat azam baru coz azam thn lepas pun ada tak settle lagi…cuma harapan agar tahun nie aku dapat manage balik aku nye financial…pening kepala selagi financial tak braper stabil…hmmm sabtu nie semua umat Islam akan menyambut tahun baru Hijrah 1428…So buat semua warga friendster Muslim…Salam Maal Hijrah…Semoga perjalanan hidup kita sentiasa di limpahi Rahmat Illahi…

Anak2 buah aku dah 3 org yg bersekolah-Yg sulung, kakak @ Nisa darjah 3, yg kedua, abg ngah @ Faiz darjah 1 & yg ketiga, kak de @ Nana @ Aye tadika…biler diorg datang ke umah mak nie riuh-rendah laaa bercerita…nak-nak si Nana..penat aku nak dengar citer2 dia…anyway I’m happy wif them…

Planner utk thn nie dah mula di penuhi dgn jemputan2 kawen kenkawan…sepupu…anak buah sepupu…hmm yang pasti soalan2 cepu emas bakal menanti utk aku…apa yg patut aku jawab…mungkin jawapannya tetap sama seperti dulu…hehehehe ;-)

Anyway…all the best buat semua…semoga tahun ini akan bertambah ceria…dimurahkan rezeki…dan sentiasa di dalam Rahmat Illahi…