Derma Darah….
Saturday, March 4th, 2006hmmm…arinie aku bangun lewat skit coz smlm tido lambat…lepas bersiap, aku terus ke gerai abah…Alhamdulillah habis semua..about 10.45 am…Shereen call aku..nak tumpang ke opis…waiting for her about half an hour…after hantar Shereen, aku bergerak ke Pusat Darah Negara (PDN)…Maser lalu dekat Istana Budaya (IB) kelihatan seperti ada ekspo di perkarangan IB…aku meneruskan perjalananke tempat tujuan asal ku iaitu ke PDN…seperti biasa terus ke kaunter pendaftaran…aku memang dah ader rekod kat sini so just bagi buku derma darah, & they ca retrieve my data…as usual b4 menderma, kena laa declare yg kiter nie sehat..timbang berat & checked Hemoglobin (HB)…tapi sayang seribu kali sayang kau tak boleh menderma kali ini… :-( nak tau kenapa…aku nyer HB low (setelah di checked sebyk 3 kali)…kurang dari 12.5 (HB ok utk menderma :12.5-18)…so aku pun balik laa ke umah….lepak tgk tv…baca novel…
Info Kesihatan:
Menderma darah menyelamatkan nyawa
Menderma darah merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya. Mengapakah kita perlu menderma darah. Satu unit darah yang anda dermakan dapat menyelamatkan nyawa:
- Mangsa Demam Denggi
- Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah
- Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin
- Bayi yang memerlukan pertukaran darah
- Pesakit Talasemia
- Pesakit Anemia
- Mangsa kebakaran
- Pesakit leukemia
- Pesakit Haemifilia
Kriteria/Kelayakan untuk menjadi penderma darah
Anda layak untuk menderma darah sekirannya anda seorang penderma yang berisiko rendah. Berisiko rendah bermaksud pendermaan darah itu tidak memudaratkan diri anda atau darah yang anda dermakan itu tidak tercemar dengan virus penyakit-penyakit yang boleh berjangkit menerusi pemindahan darah.
Anda layak untuk menderma darah sekiranya:
- Mempunyai berat badan yang melebihi 45 kilogram
- Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun (Sekiranya anda berumur 17 tahun, anda perlu dapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga)
- Tidur yang melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan
- Tahap hemoglobin (kandungan protin dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5g%
- Tidak mengambil sebarang ubat antibiotik kecuali diberi kebenaran oleh pegawai perubatan.
- Tidak mengambil minuman beralkohol 24 jam sebelum menderma darah
- Tidak mengidap penyakit Tekanan Darah Tinggi, Diabetis dan Sakit Jantung
- Tidak mengidap Penyakit Talasemia, Haemofilia, Hepatitis B atau C, Penyakit Kelamin, AIDS dan sebagainya.
Bagaimana anda boleh menderma darah
- Anggaplah diri anda dijemput ke Pusat Darah Negara/Tabung Darah Hospital atau Klinik Mobile untuk menderma darah.
- Daftarkan diri anda di kaunter untuk menderma darah.
- Tekanan Darah diuji untuk mempastikan ada mempunyai tekanan darah yang normal.
- Sedikit contoh darah anda diambil dari hujung jari untuk mengenalpasti kumpulan darah.
- Tahap hemoglobin (kandungan protin dan zat besi haruslah melebehi 12.5 %) dikenalpasti bagi mempastikan ada layak mederma darah
- Anda perlu mengisi borang mengenai maklumat diri anda.
- Anda memberi kebenaran untuk menderma darah dengan menandatangani borang kebenaran.
- Pegawai peubatan akan membuat kaunseling dengan anda untuk mengetahui latar belakang anda untuk memastikan anda adalah penderma berisiko rendah.
- Kini anda layak untuk menderma darah
- Sedikit ubat pelali diberikan untuk menghilangkan rasa sakit
- Anda akan menderma darah dalam keadaan selesa dan ianya mengambil masa antara 7 ingga 10 minit.
- Kini beg darah dermaan anda telah penuh dan anda diminta terus berbaring atas katil.
- Sedikit darah anda akan diambil dalam dua tabung uji untuk tujuan ujian makmal.
- Anda berbaring sambil menekan bahagian cucukan jarum sehingga darah tidak mengalir keluar.
- Jururawat akan mempastikan bahagian lengan anda kering sebelum anda beredar dari bilik menderma darah.berehat
Selepas Menderma Darah
- Anda akan dijamu dengan minuman dan makanan ringan sebelum pulang.
- Anda perlu mengambil sebiji zat besi dan folik asid setiap kali selepas makan seperti yang syorkan.
- Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari aktiviti sukan atau senaman yang berat, membuat kerja yang menggunakan tenaga yang banyak atau menggendalikan jentera berat dalam tempoh masa 4 jam selepas menderma darah.
- Elakkan dari minum minuman keras, merokok atau makan hingga terlalu kenyang.
- Minum lebih banyak air dalam masa 24 jam selepas menderma darah.
- Sekirannya anda mengalami sebarang reaksi seperti berasa pening, pitam, dapatkan bantuan orang terdekat dan terus baring dengan kedua kaki ditinggikan seketika sehingga pulih.
- Sila hubungi pegawai perubatan dari Pusat Darah Negara atau Tabung Darah yang berdekatan untuk mendapat sebarang nasihat.